Main, baca dan belajar bersama.
UNTUK ANAK UMUR 3–9 TAHUN

Tak tahu nak buat
aktiviti apa dengan
anak hari ini?

Buka Misi Hari Ini untuk tiga cadangan aktiviti mengikut profil anak. Main, baca, jawab atau cetak bersama — semuanya dalam satu pakej RM19.

Pelbagaisoalan pembelajaran
Dalam koleksi aktiviti & bahan pembelajaranGames · Kuiz · Worksheet · Kad Imbas · Ebook · PDF

Termasuk variasi soalan Games, Kuiz dan Worksheet.

RM19Sekali bayar
Tiada langganan

Produk digital. Tiada penghantaran buku fizikal.

Ilustrasi ibu dan anak belajar bersama dengan tablet, buku dan aktiviti melukis
MULA DENGAN LANGKAH KECILMisi Hari Ini

3 aktiviti dicadangkan mengikut profil anak.

Satu koleksiPelbagai aktiviti pembelajaran
Buka di web atau appsTelefon, tablet atau komputer
Misi harianCadangan mengikut profil anak
RM19 sekali bayarTiada langganan
APA YANG ANDA DAPAT

Banyak Aktiviti, Satu Pakej

Main games, jawab kuiz, teka kad imbas, baca cerita, buat worksheet atau cetak PDF. Pilih yang anak suka.

CUBA DULU, PERCUMA

Kira bersama.
Raikan usaha kecil.

Cuba permainan kiraan ini sebelum membeli. Kira haiwan dan pilih jawapan bersama anak.

  • 3 soalan tanpa login
  • Tiada had masa
  • Arahan ringkas, mudah diikuti

Ini demo sahaja. Dalam akaun ahli, rekod belajar disimpan untuk setiap anak.

DEMO PERCUMA

Berapa ekor semuanya?

Sedia untuk mengira bersama?

PANDUAN AKTIVITI SETIAP HARI

Buka Misi Hari Ini.
Lebih mudah untuk mula.

Dapatkan tiga cadangan aktiviti berdasarkan profil anak dan pilihan cetakan anda.

  • Games, bacaan ebook atau worksheet tanpa printer
  • Aktiviti PDF boleh turut dicadangkan jika cetakan dipilih
  • Bintang dan kemajuan disimpan berasingan untuk setiap profil anak

Buat bila lapang, tanpa perlu mengejar masa. Anak juga boleh memilih aktiviti lain dalam koleksi.

Dapatkan Pakej & Misi Harian — RM19 →
Misi Hari Ini · Area ahli Washop
Paparan Misi Hari Ini dengan tiga cadangan aktiviti dan status kemajuan
Ini paparan contoh. Cadangan aktiviti dan anggaran masa bergantung pada profil anak.

Pilih profil anak

Tetapkan umur dan pilih sama ada mahu aktiviti cetak.

Buka tiga cadangan

Buat satu aktiviti dahulu. Yang lain boleh disambung kemudian.

Raikan usaha anak

Lengkapkan tiga aktiviti untuk tiga bintang misi. Lihat rekod melalui Akaun → Kemajuan anak.

DARI PEMBELIAN KE AKTIVITI

Mudah untuk mula.

Satu akaun boleh tambah sehingga 10 profil anak, dengan rekod belajar berasingan. Anak tidak memerlukan e-mel berasingan.

01

Beli pakej RM19

Isi nama, e-mel dan nombor telefon dalam borang pembelian.

02

Selesaikan bayaran

Bayar melalui Fpx atau QR dan kembali ke website. Akses diberikan selepas bayaran disahkan.

03

Sediakan akaun

Pembeli baharu menerima pautan tetapkan kata laluan melalui e-mel pembelian. Jika akaun sudah mempunyai kata laluan, login menggunakan akaun sedia ada.

04

Pilih & mula

Buka games, kuiz, kad imbas, ebook, worksheet dan PDF dalam area ahli. Pilih profil anak dan buka Misi Hari Ini, atau teroka koleksi sendiri.

Pautan kata laluan belum diterima? Semak Spam, minta pautan baharu atau hubungi sokongan.

SEMUA DALAM SATU PAKEJ

Satu Pakej,
Ribuan Soalan

RM19 Bayar sekali
  • Soalan dalam koleksi aktiviti & bahan pembelajaran
  • Koleksi PDF untuk dicetak
  • Games pembelajaran di web atau apps
  • Kuiz mengikut umur dan tema
  • Kad imbas digital untuk lihat, teka dan semak jawapan
  • Ebook cerita dan pembelajaran bergambar untuk dibaca bersama
  • Worksheet interaktif untuk dijawab pada skrin
  • Misi harian dan rekod belajar setiap anak
  • Ranking bintang antara profil anak
  • PDF untuk keluarga sendiri atau aktiviti guru dalam kelas sendiri

Aktiviti baharu ditambah dari semasa ke semasa.

Dapatkan Akses Sekarang →
MULAKAN DI SINI

Sediakan koleksi
untuk si kecil.

Masukkan e-mel yang aktif untuk menerima pautan akaun.

Pembayaran melalui ToyyibPay
Online Banking / DuitNow QR

Produk digital. Tiada penghantaran buku fizikal. Semak terma pembelian dan polisi privasi sebelum meneruskan.

SEBELUM ANDA MEMILIH

Ada yang ingin ditanya?

Jawapan untuk soalan yang biasa ditanya.

Ini produk fizikal atau digital?

Ini produk digital yang merangkumi games, kuiz, kad imbas digital, ebook, worksheet interaktif dan PDF aktiviti. Tiada produk fizikal dihantar. Aktiviti pada skrin boleh dibuka melalui telefon, tablet atau komputer tanpa printer.

Untuk aktiviti PDF atas kertas, cetak halaman pilihan menggunakan printer sendiri atau di kedai cetak.

Sesuai untuk anak umur berapa?

Pakej ini menyediakan pilihan untuk umur 3–9 tahun mengikut topik, kemampuan dan minat anak. Bukan semua aktiviti sesuai untuk semua umur. Worksheet mempunyai julat umur berbeza, termasuk 4–6, 5–7 dan 6–9 tahun. Semak umur pada setiap aktiviti dan bantu anak membaca arahan atau mencuba latihan yang lebih sukar.

Boleh guna telefon atau pasang sebagai apps?

Ya. Buka Washop melalui pelayar web pada telefon, tablet atau komputer. Anda juga boleh pasang sebagai web apps di skrin utama Android dan iPhone. Pemasangan adalah pilihan; anda masih boleh terus guna web.

Sambungan internet dan login akaun masih diperlukan. PDF boleh dibuka atau dimuat turun selepas login dengan akses pakej aktif. Panduan install Android & iPhone.

Satu akaun boleh digunakan oleh berapa orang?

Satu akaun boleh tambah sehingga 10 profil anak, dengan rekod belajar berasingan. Akaun dan kata laluan tidak boleh dikongsi dengan keluarga lain.

Bagaimana akses selepas bayar?

Akses pakej diberikan selepas pembayaran disahkan. Untuk akaun baharu, pautan menetapkan kata laluan dihantar ke e-mel pembelian. Jika akaun sudah mempunyai kata laluan, login menggunakan akaun sedia ada untuk membuka games, kuiz, kad imbas, ebook, worksheet dan PDF.

Jika e-mel belum diterima, semak Spam atau minta pautan kata laluan. Hubungi sokongan jika akses masih belum tersedia.

Bagaimana membaca ebook?

Login ke area ahli, buka menu Aktiviti dan pilih Ebook. Terokai cerita kanak-kanak serta ebook pembelajaran abjad, nombor dan Jawi. Buka pilihan anda dalam paparan bacaan penuh melalui telefon, tablet atau komputer. Ebook dibaca online; tidak perlu dicetak.

Bagaimana Misi Hari Ini berfungsi?

Pilih profil anak dan tetapkan umur serta pilihan cetakan. Washop mencadangkan tiga aktiviti daripada koleksi yang tersedia. Buat mengikut rentak anak tanpa pemasa wajib. Lengkapkan tiga aktiviti untuk tiga bintang misi; kemajuan disimpan mengikut profil anak. Anda juga boleh membuka aktiviti lain tanpa mengikuti misi.

Adakah kandungan akan ditambah?

Ya, aktiviti baharu ditambah dari semasa ke semasa. Jumlah yang dipaparkan ialah kandungan yang sudah tersedia.

Bagaimana jumlah kandungan dikira?

Jumlah aktiviti & bahan pembelajaran mengira setiap game, kuiz, ebook dan set kad imbas sekali, setiap bahagian aktiviti dalam worksheet interaktif, serta setiap lembaran aktiviti dan carta ganjaran dalam PDF. Fail worksheet tidak ditambah sekali lagi. Kulit buku, panduan, lesen, sijil dan kunci jawapan tidak dikira. Soalan kecil, tahap dan pilihan umur tidak menambah jumlah aktiviti.

Bagaimana tanda selesai direkod?

Worksheet ditandakan selesai selepas semua aktivitinya disiapkan. Set kad imbas selesai selepas semua kad dibuka. Ebook ditandakan sudah dibaca selepas semua halaman dibuka, atau semua huruf dan nombor bagi ebook interaktif diteroka. Ini merekod penggunaan, bukan pengesahan bahawa anak sudah menguasai kandungan.

Untuk PDF, sahkan bahawa aktiviti atas kertas sudah dibuat. Membuka atau memuat turun fail sahaja tidak menandakan aktiviti PDF selesai. Rekod mengikut profil anak yang dipilih.

Bagaimana ranking bintang keluarga dikira?

Ranking membandingkan profil anak dalam akaun keluarga anda sahaja, dengan pilihan Minggu ini dan Keseluruhan. Bintang terbaik setiap aktiviti Games, Kuiz, Kad Imbas dan Worksheet dikira sekali dalam tempoh dipilih. Bintang sama mendapat kedudukan seri.

Ranking mingguan bermula Isnin mengikut waktu Malaysia. Ganjaran misi tidak dimasukkan, jadi jumlah ranking boleh berbeza daripada bintang terkumpul pada header. Ebook dan PDF tidak memberi bintang ranking. Bintang meraikan usaha, bukan ukuran penguasaan anak.

Boleh cetak semula atau berkongsi fail?

PDF boleh dicetak semula untuk kegunaan keluarga sendiri atau oleh guru untuk aktiviti bersama murid dalam kelas sendiri. Fail digital tidak boleh dikongsi, diedarkan atau dijual semula kepada orang lain.

Bagaimana mendapatkan bantuan?

Hubungi WhatsApp 011-7590 7664 atau e-mel support@washop.my. Untuk bantuan pembelian, sertakan rujukan pesanan anda.

Pratonton PDF

Jom cuba kad imbas!

Teka gambar, kemudian buka jawapan. Cuba 5 kad contoh.

Panduan install web apps

  1. Buka washop.my/member-login dalam Chrome.
  2. Tekan menu tiga titik ⋮.
  3. Pilih Add to Home screen / Tambahkan ke skrin utama. Jika ada menu Install and create shortcut, buka menu itu dahulu.
  4. Pilih Install / Pasang jika tersedia, atau Add / Tambah, mengikut pilihan yang dipaparkan. Gunakan nama Washop dan sahkan.
  1. Buka washop.my/member-login dalam Safari.
  2. Tekan Share / Kongsi, iaitu ikon kotak dengan anak panah ke atas. Jika perlu, buka menu halaman dahulu.
  3. Pilih Add to Home Screen / Tambah ke Skrin Utama. Jika pilihan ini tiada, cari melalui Edit Actions / Edit Tindakan.
  4. Gunakan nama Washop dan tekan Add / Tambah. Jika ada pilihan Open as Web App, anda boleh menghidupkannya.

Sambungan internet dan login akaun masih diperlukan. Nama menu mungkin berbeza mengikut telefon dan bahasa.