Terma pembelian
Maklumat pakej aktiviti anak Washop. Sila semak butiran ini sebelum membuat pembelian.
Pakej digital RM19
Harga pakej ialah RM19 sekali bayar. Kandungan terdiri daripada koleksi PDF untuk dicetak, games pembelajaran, ebook cerita dan worksheet interaktif melalui web. Kandungan akan ditambah dari masa ke semasa, tanpa sasaran jumlah tetap. Tiada buku fizikal atau penghantaran pos.
Cara menerima akses
Akses akaun ahli diberikan selepas bayaran disahkan. Gunakan e-mel pembelian untuk login. Akaun baharu menerima pautan untuk menetapkan kata laluan; pelanggan yang sudah mempunyai akaun boleh menggunakan kata laluan sedia ada.
Games memerlukan sambungan internet dan pelayar web. Aktiviti atas kertas memerlukan cetakan. Kos printer, dakwat, kertas dan perkhidmatan cetakan tidak termasuk dalam harga pakej.
Penggunaan keluarga dan guru
PDF boleh dimuat turun dan dicetak semula untuk kegunaan keluarga sendiri atau oleh guru untuk aktiviti bersama murid dalam kelas sendiri. Jangan jual semula, kongsi atau edarkan fail kepada orang lain. Simpan kata laluan dan pautan akaun secara peribadi.
Tempoh akses web
Hubungi sokongan untuk mengesahkan tempoh akses games sebelum membeli.
Pembeli sedia ada
Jika anda pernah membeli sebelum ini, hubungi sokongan dengan rujukan pesanan supaya kelayakan akses games dapat disemak.
Bantuan pembelian
Jika bayaran berjaya tetapi akaun atau fail belum dapat diakses, semak Inbox dan Spam, atau minta pautan kata laluan. Untuk bantuan pesanan atau pertanyaan berkaitan pembelian, hubungi WhatsApp 011-7590 7664 atau support@washop.my dan sertakan rujukan pesanan.
© 2026 washop.my. Hak cipta terpelihara.